Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 1,2,3,4 dan 5 SMK Damansara Damai 1 bagi tahun 2009, yang sudah menjelaskan bayaran majalah sekolah, anda boleh mendapatkan majalah DeDuksi (majalah sekolah) anda pada :
Tarikh : 17 Mac 2010 / 18 Mac 2010 Tempat : Lobi (Depan bilik disiplin) Masa : 11 pagi - 3 petang
Kepada pelajar yang tidak dapat mengambil majalah pada hari yang telah ditetapkan, majalah akan diberikan semasa sesi persekolahan penggal kedua bermula pada 22 Mac 2010. Sila maklumkan kepada rakan-rakan anda yang lain. Kerjasama anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Penyelaras : Pn Wan Ruhana Bt Wan Shamsudin Penolong Penyelaras : Pn Siti Nazira Bt Saidin Setiausaha (Guru) : Cik Azura Bt Zakaria Ketua Editor : Mohamad Fakhrul Syafiq Bin Che Ya (5A) Pen. Ketua Editor : Nazeeha Bt Ziarat Khan (4A) Setiausaha (Pelajar) : Adlina Fathiah Bt Mohd Zailan (4A) Bendahari : Elia Syameen Bt Abu Shuja (4A)
Bahagian Media - Pn Noralina Bt Mamat (Guru) - Sulastri Bt Matdiyono (K) (5A) - Amira Bt Abd Haris Ahmad (4A) - Siti Nur Yasmin Bt Sheikh Suhaimi (4A) - Noor Amalina Bt Ismail (4B) - Sayyidah Zainab Bt Muhd Nasib (3B)
Bahagian Fotografi - Pn Fathia Firhat Bt Mihd Salleh (Guru) - Ammar Markruf Bin Abd Hamid (K) (5A) - Syidatul Nazlia Bt Mohd Hassim (5A) - Muhd Basil Bin Megat Sulong (4A) - Haris Bin Abd Halim Lim (4A)
Bahagian Grafik - Pn Siti Nor Asmah Bt Ithnain (Guru) - Mohd Nazirulzaman Bin Mohd Saad (K) (4A) - Muhd Fadhullah Bin Azizi (5B) - (kosong) - (kosong)
Bahagian Penajaan - Pn Rosmawati Bt Jaafar (Guru) - Fadzmie Assman Bin Zaiman (K) (5C) - Muhd Firdaus Bin Hamdan (5B) - Muhd Fariqkh Bin Iskandar (5B) - Muhd Hafizuddin Bin Azammuddin (5B) - Muhd Izzat Bin Robings (5C)
Bahagian Penaipan - Nurul Athirah Bt Halimi (K) (3A) - Nurul Nabilah Izzaty Bt Md Ali (4C) - Wardah Aqilah Bt Abdullah (5A) - (kosong)
Bahagian Penyelaras Bahan Karya
Bahasa Melayu - En Mohd Sabri Bin Ismail (Guru) - Emira Shahanim Bt Shaharudin (K) (4A) - Nor Syazlina Bt Mohd Jais (4A) ganti Siti Rosma Atiqah Bt Rashid (4A) - berpindah sekolah.
Bahasa Inggeris - Cik Naajima Bt Ahamed Basheer (Guru) - Joseph Shadrach Raj (K) (5A) - Eric Lai Weng Lac (4A)
Bahasa Cina - Pn Lee Yen Leng (Guru) - Ang Hui Xin (K) (5A) - Irene Ng (4A)
Bahasa Tamil - Pn Navarathina a/p Ramalingam (Guru) - (kosong) - (kosong)
Tahniah diucapkan kepada calon - calon PMR SMKDD1 bagi tahun 2009 kerana telah mencatatkan keputusan yang sangat dibanggakan.. Tahniah kepada 13 orang calon yang telah berjaya menadapat keputusan straight A's dalam mata pelajaran yang diambil.. Peningkatan sebanyak 225% berbanding keputusan PMR pada tahun - tahun lepas.. Peratus lulus juga telah meningkat kepada 61.4%.. Teruskan usaha anda untuk SPM 2011 pula.. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada calon - calon EMAS PMR SMKDD1 tahun 2009 !! Tahniah sekali lagi daripada warga DeDuksi..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Entri kali ni saya nak cerita serba sedikit mengenai sejarah penubuhan DeDuksi iaitu majalah rasmi SMKDD1. Bosan la kalau tulis dalam bentuk esei. Saya tulis dalam bentuk point je la yer..
DeDuksi pertama muncul setelah 6 tahun SMKDD1 mula beroperasi pada tahun 2003.
Dicetuskan oleh penyelarasnya iaitu Pn. Wan Ruhana Wan Shamsuddin.
2 orang pelajar yang mula-mula bertanggungjawab dalam penghasilan DeDuksi ialah :
===>>Saudari Siti Noorasheqah Bt. Halim yang merupakan Ketua Editor Edisi I.
===>>Saudara Mohamad Fakhrul Syafiq Bin Che Ya yang merupakan Penolong Ketua Editor Edisi I.
Pencarian anggota Sidang Redaksi bagi edisi I bermula pada bulan Januari dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh para pelajar SMKDD1.
Anggota Sidang Redaksi DeDuksi edisi I pada mulanya hanya berjumlah 23 orang.
Namun, bagi melancarkan lagi Organisasi DeDuksi, beberapa bahagian baru ditubuhkan.
Bilangan anggota Sidang Redaksi juga pada mulanya bertambah tetapi akhirnya berkurang setelah peletakan jawatan beberapa anggota yang tidak komited terhadap tugas mereka.
Bilangan akhir Sidang Redaksi DeDuksi edisi I ini berjumlah 29 orang dan 13 orang guru.
DeDuksi edisi I menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran kerana ini merupakan kali pertama menghasilkan majalah sekolah.
Antara bahagian - bahagian Sidang Redaksi DeDuksi edisi I 2009 :
Pengiklanan
Grafik
Fotografi
Informasi
Penyelaras Bahan Karya
Jurutaip
Atas komitmen yang diberikan oleh seluruh anggota Sidang Redaksi, DeDuksi edisi I bagi tahun 2009 berjaya disiapkan dan kini dalam proses menghasilkan 'dummy' sebelum proses percetakan bermula.
Tanpa menoleh ke belakang, DeDuksi edisi II bagi tahun 2010 akan diteruskan di bawah pimpinan Ketua Editor baru iaitu Saudara Mohamad Fakhrul Syafiq bagi menggantikan Saudari Siti Noorasheqah yang sudah menamatkan pengajian di Tingkatan 5.
Akhir sekali, terima kasih di atas pengorbanan kesemua anggota Sidang Redaksi DeDuksi edisi I bagi tahun 2009.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat datang diucapkan kepada pengunjung blog ini. The DeDuksi merupakan sebuah blog bagi memberi info terkini mengenai majalah sekolah SMK Damansara Damai 1 (SMKDD1) yang diberi nama DEDUKSI. Blog ini akan diselenggarakan oleh Ketua Editor DeDuksi edisi II bagai tahun 2010 iaitu Saudara Mohamad Fakhrul Syafiq Bin Che Ya ataupun lebih selesa dipanggil sebagai Fakhrul. Blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memaparkan info terkini mengenai DEDUKSI. Sekian.