Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Entri kali ni saya nak cerita serba sedikit mengenai sejarah penubuhan DeDuksi iaitu majalah rasmi SMKDD1. Bosan la kalau tulis dalam bentuk esei. Saya tulis dalam bentuk point je la yer..
- DeDuksi pertama muncul setelah 6 tahun SMKDD1 mula beroperasi pada tahun 2003.
- Dicetuskan oleh penyelarasnya iaitu Pn. Wan Ruhana Wan Shamsuddin.
- 2 orang pelajar yang mula-mula bertanggungjawab dalam penghasilan DeDuksi ialah :
- ===>>Saudari Siti Noorasheqah Bt. Halim yang merupakan Ketua Editor Edisi I.
- ===>>Saudara Mohamad Fakhrul Syafiq Bin Che Ya yang merupakan Penolong Ketua Editor Edisi I.
- Pencarian anggota Sidang Redaksi bagi edisi I bermula pada bulan Januari dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh para pelajar SMKDD1.
- Anggota Sidang Redaksi DeDuksi edisi I pada mulanya hanya berjumlah 23 orang.
- Namun, bagi melancarkan lagi Organisasi DeDuksi, beberapa bahagian baru ditubuhkan.
- Bilangan anggota Sidang Redaksi juga pada mulanya bertambah tetapi akhirnya berkurang setelah peletakan jawatan beberapa anggota yang tidak komited terhadap tugas mereka.
- Bilangan akhir Sidang Redaksi DeDuksi edisi I ini berjumlah 29 orang dan 13 orang guru.
- DeDuksi edisi I menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran kerana ini merupakan kali pertama menghasilkan majalah sekolah.
Antara bahagian - bahagian Sidang Redaksi DeDuksi edisi I 2009 :
- Pengiklanan
- Grafik
- Fotografi
- Informasi
- Penyelaras Bahan Karya
- Jurutaip
- Atas komitmen yang diberikan oleh seluruh anggota Sidang Redaksi, DeDuksi edisi I bagi tahun 2009 berjaya disiapkan dan kini dalam proses menghasilkan 'dummy' sebelum proses percetakan bermula.
- Tanpa menoleh ke belakang, DeDuksi edisi II bagi tahun 2010 akan diteruskan di bawah pimpinan Ketua Editor baru iaitu Saudara Mohamad Fakhrul Syafiq bagi menggantikan Saudari Siti Noorasheqah yang sudah menamatkan pengajian di Tingkatan 5.
- Akhir sekali, terima kasih di atas pengorbanan kesemua anggota Sidang Redaksi DeDuksi edisi I bagi tahun 2009.
Sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan